

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya laman web Jabatan
Perdagangan
berjaya diterbitkan setelah mendapat kerjasama erat daripada sidang
editor laman web yang merupakan pelajar-pelajar SMD(Sijil Pemprosesan Data) dan para pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Idris Shah. Penerbitan laman web ini diharap dapat menyuntik semangat kepada para pelajar jabatan-jabatan lain untuk membangunkan laman web yang merupakan perantara dalam penyampaian maklumat pada masa kini. Tugas-tugas yang dilakukan untuk menghasilkan laman web ini memberi ruang kepada pelajar mempraktikkan kemahiran komunikasi, merancang serta penerbitan yang merupakan kemahiran utama ketika bekerja kelak. Kekuatan Jabatan Perdagangan terletak kepada kekuatan pensyarah-pensyarah serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Laman web ini menengahkan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran jabatan yang boleh disampaikan kepada pihak luar untuk dijadikan kepada institusi yang berkaitan dengan Perdagangan. Adalah diharapkan laman web ini dapat menarik perhatian lebih ramai pihak untuk bekerjasama dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar. Kerjasama dengan industri merupakan keperluan yang sangat penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan kepada para pelajar adalah terkini dan relevan kepada pihak industri. Seiring dengan itu para pensyarah juga dapat mempertingkatkan pengalaman dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan lulusan yang diperlukan industri.
Tahniah kepada sidang editor laman web yang telah berjaya menerbitkan laman web ini dan setinggi penghargaan kepada Puan Suraya Hanim Abdullah, penasihat sidang editor laman web ini.
En. Jailani Bin Mohideen @ Mahadi
Ketua Jabatan Perdagangan
Politeknik Sultan Idris Shah