Project 2006 Details



Jabatan Perdagangan

Jabatan / Pengenalan
Pengenalan

Jabatan Perdagangan (JP) Politeknik Sultan Idris Shah telah memulakan operasinya sejak Januari 2004 dengan hanya berbekalkan 2 orang tenaga kerja yang ada pada ketika itu. Jabatan ini telah menyusun strategi seterusnya mengorak langkah ke hadapan sejajar dengan perkembangan Politeknik. Kini Jabatan Perdagangan telah mempunyai seramai 20 orang pensyarah termasuk Ketua Jabatan Perdagangan bagi menampung pelajar-pelajar yang mendaftar. Jabatan ini dilengkapi kemudahan-kemudahan untuk melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran. Jabatan Perdagangan menawarkan 2 kursus Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) dan program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam(DIB)

KEMUDAHAN

  • Makmal Keusahawan
  • Makmal Menaip Elektrik
  • Makmal Perakaunan
  • Makmal Kesetiausahaan
  • Makmal Simulasi Pejabat
  • Makmal Baikpulih Komputer
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Kuliah