Project 2006 Details



Jabatan Perdagangan

Jabatan / Kursus yang ditawarkan
Kursus yang ditawarkan


  • DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN (DSK)
    Tempoh Pengajian :
    3 tahun (6 semester)

    Sinopsis :
    Matlamat program ini adalah untuk melahirkan setiausaha yang professional, cekap, efisien dan berketrampilan. Pelajar dilatih dalam pengurusan pejabat, terjemahan bahasa melayu & inggeris, keusahawanan, pembentukan personaliti, shorthand, trengkas dan menaip

    Peluang Kerjaya :
    Kerjaya sebagai Setiausaha Pejabat dalam sektor awam dan swasta,, Pembantu Peribadi dan lain-lain bidang berkaitan



  • DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM
    Tempoh Pengajian :
    3 Tahun (6 semester)

    Sinopsis :
    Program ini dibentuk bagi melengkapkan pelajar dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh untuk membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan dalam persekitaran yang kompetitif. Program ini merangkumi bidang pengajian antaranya sistem perbankan dan kewangan islam, pengurusan risiko dalam institusi kewangan islam,pengoperasian perbankan islam, fiqh muamalat dan pelaburan islam. Bidang lain yang turut dipelajari ialah statistik, keusahawanan dan pemasaran.


    Peluang Kerjaya :
    Kerjaya sebagai Penolong Juruaudit dan Pegawai Bank di institusi kewangan dan perbankan serta lain-lain bidang berkaitan